Taman Pendidikan Al-Quran (TPA) Qiraati As-Safwan kaedah Qiraati merupakan kelas pengajian yang berdaftar dengan
- Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) no : 03/2010
- Persatuan Qiraati Zon Utara (PQZ) no : 00024
Bagi anda yang menginginkan kaedah bersepadu teknik pembelajaran Al-quran/Qiraati untuk anak anak yang InsyaAllah berkesan, maka segala-galanya bermula di sini dengan tenaga serta pengalaman yang sedia ada beserta wawasan kami untuk memikul amanah ALLAH s.w.t kami akan berusaha mara kehadapan memacu kecemerlangan menjurus kepada pendidikan Al-Quran untuk anak anak demi membina generasi yang celik Al-Quran.
Untuk keterangan, sila klik link dibawah untuk mengetahui tentang:
Untuk keterangan, sila klik link dibawah untuk mengetahui tentang:
- Tentang Qiraati dan Kaedah Pengajaran
- Waktu Operasi
- Profail Pengajar
- Cara Menghubungi Qiraati As-Safwan
- Aktiviti-aktitiviti Qiraati As-Safwan
SEKAPUR SIREH
Ketahuilah bahawasanya harta kekayaan dan anak-kanak adalah amanah dan ujian hidup bagimu,dan sesungguhnya disisi Allah itu pahala yang amat besar, anak adalah amanah dari Allah yang perlu diberi didikan awal tentang Al-Quran juga perlu menyemai budi pekerti dan akhlak yang baik...seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya....
Sabda nabi S.A.W mafhumnya "Sebaik-baik dikalangan umatku adalah sesiapa yang belajar al-quran dan mengajarkannya"..(Sahih Bukhori Muslim)
Justeru didikan awal anak-kanak adalah amat penting dan di antaranya perlu bermula dengan kemahiran menguasai pembacaan Al-Quran. Maka, pihak TPAQS sentiasa berusaha mewujudkan sebuah institusi pembelajaran Al-Quran bersepadu menggunakan kaedah Qiraati seta sentiasa memberi penekanan fardhu ain seperti solat dan sebagainya untuk keseimbangan dalam proses pendidikan awal anak-anak.