PENGENALAN

MAKLUMAT TERKINI, PUSAT QIRAATI ASSAFWAN KINI TELAH BERPINDAH KE LAMAN PORTAL TERBARU. SILA LAYARI:

https://qiraatisafwan.weebly.com/


TERIMA KASIH

Assalamualaikum Tuan Puan Muslimin Muslimat.. 

Selamat Datang Terimakasih kerana mengunjungi blog kami TPA Qiraati Assafwan

   Pusat Pengajian kami adalah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Kedah No(JAIK) 03/2010

Kami Mengalu alukan orang ramai yang ingin mewaqafkan Tanah lot premis rumah kedai atau rumah kediaman untuk tujuan dijadikan pusat pengajian  Al-Quran di seluruh Negeri Kedah ,Perlis P Pinang Perak ,jika berhajat sila hubungi Ustaz Nasirudin: di talian  0134325584




"TIADA HARI TANPA MEMBACA AL-QURAN"

SEBAIK BAIK DIKALANGAN KAMU MEREKA YANG 

BELAJAR ALQURAN DAN MENGAJARKANNYA

Hadis Nabi


KAEDAH QIRAATI?

Qiraati merupakan satu kaedah praktis bersepadu membaca Al-Quran berasaskan kaedah Othmani yang mempunyai 5 jilid buku sesuai untuk kanak-kanak dan 3 jilid yang dikhususkan untuk dewasa.

Kaedah bacaan Qiraati ini merupakan kaedah alternatif yang popular di kalangan masyarakat muslim Malaysia khususnya dan sungguh berkesan diajarkan kepada anak-anak yang baru mempelajari Al-Quran dalam memastikan tahap penguasaan anak-anak dalam membaca Al-Quran lebih sempurna dan lancar.

Tenaga-tenaga pengajar Qiraati dikehendaki mempunyai kelayakan dan bertepatan dengan garis panduan yang ditetapkan daripada panel penilai Qiraati Malaysia,ujian tashih tajwid dan osmani terlebih dahulu sebelum mereka diberi kebenaran mengajar menggunakan kaedah ini.
  • Pengenalan awal qiraati sistem baca terus mengunakan konsep, lihat-kenal-baca jilid1-5 
  • Terdapat 2 kaedah pengajaran; iaitu secara klasikal/individu
  • Terdapat sessi bacaan Al-Quran secara individu/tadarus/tajwid/gharib muskilat osmani /hafalan surah pilihan/hafalan doa harian zikir selelpas solat /penulisan jawi
  • Disamping itu pelajar juga diajar cara peraktikal solat apabila semua pelajar dikehendaki solat magrib dan isyak setiap hari dikelas,ini dapat melatih pelajar supaya biasa dengan solat fardhu dan melatih mereka cara bacaan dalam solat serta zikir selepas solat.

HAFALAN DOA ZIKIR      

Terdapat beberapa doa-doa asas yang diajar oleh para guru. Antaranya:


  • Doa penerang hati
  • Doa sebelum tidur
  • Doa bangun dari tidur
  • Doa masuk tandas
  • Doa keluar tandas
  • Doa sebelum makan
  • Doa selepas makan
  • Doa memakai pakaian
  • Doa masuk rumah
  • Doa keluar rumah
  • Doa masuk masjid
  • Doa beristinja'
  • Doa kedua ibu bapa
  • Doa sebelum belajar
  • Doa selepas belajar
  • Doa menaiki kenderaan
  • Doa kebahagiaan dunia akhirat
  • Doa selepas mendengar azan/iqamah
  • doa selepas sembahyang waktu

   HAFALAN SURAH
   Ayat-ayat Lazim (Surah Ad-Duha sehingga An-Nas)
   Pelajar juga dibimbing untuk menghafaz surah Yasin /             surah As-Sajdah / Surah Al-mulk mengikut tahap

     AKTIVITI TAHUNAN

  • Program qiyamullail
  • Lawatan sambil belajar
  • Pertandingan bakat anak soleh
  • Majlis bacaan yasin dan tahlil
  • Majlis sempena maulidu Rasul.s.a.w
  • Majlis Khatam Al-Quran Qiraati Zon Utara
      Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Kelas
  • Tadarus Al-Quran bulan Ramadhan
  • Waqaf Al-Quran (sepanjang Tahun)