Sejarah Ringkas Qiraati
Kaedah qiraati disusun oleh almarhum ustaz haji Dahlan salim Zarkasyi di semarang indonesia sekitar tahun 1963,beliau adalah anak tempatan yang mendapat pendidikan awal di sebuah pusat pengajian pesantren di daerah semarang indonesia,dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sederhana,beliau mempunyai cita-cita yang amat tinggi dalam usaha mendidik bermula dengan masyarakat kampongnya sendiri,sehinggalah beliau menjadi seorang guru Al-Quran yang disegani lagi dihormati.di sekitar jawa timur,dengan ketokohan dan kewarakan yang dimiliki oleh beliau terkenal dan ramai dikalangan anak-anak mendapat pendidikan al-quran dengan beliau di rumahnya pada ketika itu,hinggakan ratusan anak anak yang berjaya.
pada ketika itulah pak dahlan mengarang buku qiraati yang pada ketika itu mempunyai 10 jilid,pada awal tahun 70-an buku qiraati di praktiskan dan mula disebarkan disekitar kampong-kampong disurau dan masjid masjid didaerah smarang,
pada tahun 1980 ia mula tersebar luas diluar daerah semarang terutama disekitar bandar yogjakarta orang yang pertama pada masa itu menggunakan kaedah ini diluar semarang adalah alfadil ustaz hj asad ahumam pengarang buku iqra',merupakan juga ank murid pak dahlan.
pada tahun 1986 tadika al-quran qiraati mula ditubuhkan di semarang dinamakan ROUDHATUL QURAN ianya dibimbing sendiri oleh ustaz pak dahlan,pada tahu1989 buku ghorib musykilat istilah indonesia atau buku osmani malaysia mula disusun, pada 1991 mula diadakan metod pengajaran al-quran qiraati bersepadu dan diadakan ujian tasheh untuk gugu-guru yang layak meengajar,
pada tahun may 1991 sistem qiraati mula diperkenalkan diMalaysia oleh ustaz masruh Ahmad,pada 23-24 oktober 1994 diadakan majlis silaturahmi diindonesia pertamakalinya menjemput wakil qiraati dari malaysia,pada tahun ini juga persatuan qiraati malaysia ditubuhkan oleh beberapa penggerak pada masa itu diketuai oleh ustaz masruh ahmad turut dihadiri oleh Prof Dato' Dr Harun Din Alhafiz yang dilantik sebagai penasihat Qiraati malaysia
pada tahun 1995 penubuhan persatuan qiraati kedah yang sekarang ini didaftarkan atas nama persatuan qiraati zon utara ,pada julai 1999 qiraati as-safwan ditbuhkan dulunya dikenali dengan qiraati Al-Munir.
QIRAATI TIDAK KEMANA MANA,AKAN TETAPI IA ADA DIMANA MANA
QIRAATI BUKAN KARANGAN SAYA,BUKAN NUKILAN SAYA AKAN TETAPI IA ADALAH ANUGRAH DAN HIDAYAH MINALLAH ......
Hj Dahlan Salim Zarkasy 1990 semarang Indonesia