PENGETUA
Ustaz Mohd Nasirudin bin Ghazali |
Ustaz Nasirudin Ghazali merupakan anak jati kelahiran Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal sekolah rendah Sekolah kebangsaan Dato Wan Mohd Saman, Alor Setar dan kemudiannya mendalami ilmu sehingga ke Maahad Tarbiah Islamiah Derang Kedah (1980-1992).
PENGALAMAN
Beliau pernah menjadi guru di Sekolah Agama Rakyat Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam pada 1993 - 1996 dan seterusnya menjadi guru agama SPI/ KAFA untuk Majlis Agama Derah Kulim pada tahun 1997 sehingga tahun 2000. Sehingga sekarang beliau memiliki lebih dari 10 tahun pengalaman dalam hal ehwal pengajian Qiraati khususnya.
HARAPAN & WAWASAN
Ustaz Nasirudin mempunyai wawasan yang tinggi dalam usaha untuk melahirkan generasi celik, bahkan pintar Al-Quran. Justeru berbekalkan pengalaman dan ilmu yang beliau peroleh, beliau yakin kaedah pengajaran Al-Quran melalui sistem Bersepadu Qiraati mampu membimbing anak-anak ke arah pembelajaran yang lebih efektif berbanding kaedah konvensional yang lalu.